Followers


Sunday 10 February 2013

Anugerah Pelamin Tercantik




    Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaanMu yang tidak ternilai . Syukur atas rezekiMu .. Kemenangan Rozaini Bridal dalam Pameran Pengantin Dunia Raja Sehari ke - 6 yang diadakan di Plaza Angsana , Johor Bahru baru - baru ini .

    Terima kasih yang tidak terhingga buat World Event & Marketing Services yang memberi peluang kepada Rozaini Bridal dalam menyertai pertandingan ini sekaligus menjadi pemenang atas pilihan orang ramai & para penonton yang hadir di Plaza Angsana ketika itu . Ucapan terima kasih juga diucapkan buat kru & kakitangan Rozaini Bridal yang bekerjasama sepanjang promosi ini diadakan . Selain itu , Ucapan terima kasih dari pihak Rozaini Bridal kepada semua para pelanggan yang tidak putus - putus menyokong penglibatan kami dalam dunia raja sehari ini . Buat mereka di luar sana yang banyak membantu Rozaini Bridal dalam pelbagai segi , katering , cameraman , dan lain - lain , terima kasih kami ucapkan atas bantuan dan kerjasama kalian . Semoga pertolongan kalian akan dibalas olehNya yang Maha Mengetahui .. Kami dari pihak Rozaini Bridal sentiasa mendoakan mereka yang menyokong kami sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala amalannya di dunia dan di akhirat . Aminn :)

Saturday 2 February 2013

Kedatangan Norish Karman & Gemersik Tari di Rozaini Bridal








Pada tarikh 3 Februari lalu , Semasa Pameran Pengantin di Plaza Angsana diadakan , Pelakon Terkenal iaitu Norish Karman tidak melepaskan peluang untuk sama - sama berada di tapak promosi Rozaini Bridal bagi memeriahkan lagi sambutan promosi kami . Gelagat pelakon ini yang sporting dan gila - gila membuatkan kami tidak kering gusi bergelak ketawa . Selain itu , Kehadiran kumpulan zapin cilik Gemersik Tari jugak tidak ketinggalan memeriahkan booth promosi Rozaini Bridal pada hari itu . Gelagat comel para peserta kumpulan Gemersik Tari menarik minat para pelanggan untuk mengunjungi ke booth promosi kami . Atas bantuan ramai juga , Rozaini Bridal telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ramai pihak . Terima diucapkan atas bantuan mereka - mereka yang terlibat dalam menjayakan promosi Rozaini Bridal dan kami berharap agar sokongan ini tidak akan putus - putus kami terima dari anda semua :) Thank you to all of you guys .!



Koleksi Pakaian 2013

































   Berikut merupakan serba sedikit gambar koleksi pakaian terbaru dari Rozaini Bridal untuk tahun 2013 .. Untuk mengetahui lebih banyak contoh pelamin dari kami , anda boleh layari ke Facebook kami ( Klik Sini )
Sebarang pertanyaan Anda boleh segera menghubungi pihak kami untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai pakaian yang kami ada . :)


Pelamin 2013